Sejarah Sekolah

10 Jan 1949

Methodist Girls School dibuka dengan 190 orang pelajar dan 5 orang guru. Mrs. N.C.Patridge telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama. Seramai 130 orang pelajar dari sekolah Clifford (darjah 5 ke bawah) telah dipindahkan ke sekolah ini. Hampir 40 tahun pelajar perempuan menumpang di Sekolah Inggeris Clifford.

Tuan E.C Hick – Nazir Kanan Sekolah di Perak telah memilih pelajar-pelajar perempuan daripada sekolah Melayu untuk ditempatkan dalam darjah khas Melayu. Sekolah ini ditempatkan di Bangunan Almarhum YAM Sir Raja Chulan Ibn Almarhum Sultan Abdullah.

1 Jan 1954

Kerajaan mengambil alih sekolah ini, nama sekolah ditukarkan kepada Government English Girls School (GEGS).

1958

Sekolah ini dipecahkan kepada dua; sekolah rendah ditempatkan di kampung basung.