SARANA IBUBAPA

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta:
M A L A Y S I A

Peranan Ibu Bapa/ Penjaga

1. Jurulatih – Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak belajar di sekolah dan di rumah.

2. Mentor – Menasihati, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga, menggalakkan, menunjukkan cara dll.

3. Penyokong – Menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak.

4.Sentiasa Bermaklumat – Kemas kni perkara yang berlaku di sekolah.

5. Menjadualkan Kehidupan – Mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram, tenang dan bahagia.

6. Sahabat Kepada Anak Remaja – Mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat.